Thursday, February 19, 2009

Saya dan Kisah Saya

Kesian blog saya suka makan ni... dah berhabuk dah sebab lama tak polish dengan story baru... huhu... sibuk sangatlah konon. tapi sebenarnya malas nak menulis blog walaupun byk cerita berlaku dalam hidup. Seperti cerita kena marah dengan bos sebab tak susun-susun lagi buku dekat rak, jumpa dengan orang baru, berjinak2 dengan bidang baru, makan, makan, makan dan macam-macam lagilah perkara yang berlaku. Kita kan ada 24 jam sehari. Apapun boleh berlaku dalam sesaat ni kan pula 24 jam. Baiklah saya nak cerita pasal cerita pertama. Kena marah dengan bos sebab tak susun buku kat rak... Kisah sedih pun bermula...
"Diana, ko dah start susun buku kat atas rak?" bertanya dengan nada serius dan muka masam mencuka... ngeeeeee... takot
"Jap lagi saya susun. Tadi baru asing-asing kotak. Ada lagi kotak sales dekat atas. Saya letak tepi dulu." Menjawab dengan yakin tapi hati berdebar-debar.
"Tak payah kisahlah pasal kotak tu semua, susun sajalah, kenapa susah sangat ko nak susun?" sambil berjalan menuju meja Encik Z dan bercakap-cakap...
Adoi kena marah lagi... Rak tu tak kukuh lagi. Bukan saja2 tkmo susun.... Arghhh... jerit kuat2 dalam keta time balik keja. pekara tabest dan tak suka.
Cerita kedua pula... bertemu orang baru... Kisah epi pula... senyum sambil menaip. tapi macam tak mahu cerita dalam entri ini sebab nak bagi ada unsur saspen dalam entri yang akan datang. saspenlah sangat, apapun saya minta maap sbab lama tak menjengah blog. Lepas ni saya akan selalu menulis... oke la... jmpa lagi di lain masa. saya suka makan, suka korang yang baca blog ini. mekacih daa...

2 comments:

Fyza d.Hana said...

rasa cam seronok je nak dgr kisah org baru tu.. ahhahha..

Anonymous said...

Weh..dialog tiru bulat2 tuh... kurang-kurang modified la wei... ada la sikit proses adaptasi..

Hidup ini penuh cabaran! Jadi kita sabar. Munajat pada Allah, ya!