Monday, June 22, 2009

Hari Sabtu yang seronok

Hari ini sudah 4 Julai 2009 iaitu hari ahad. Mungkin agak lewat untuk menceritakan perihal dua minggu lepas tetapi saya tetap mahu mencoret kerana hari sabtu itu memang seronok.

Sabtu, 20 Jun 2009.

kenapa saya cakap hari sabtu yang seronok?

kenapa saya cakap hari sabtu yang seronok?

kenapa saya cakap hari sabtu yang seronok?

kerana dia seronok...... hahaha

Let's the story begins...

Bangun pagi lebih kurang pukul 8 macam itu. Terlebih 'excited' nak pergi kenduri kahwin kawan satu pejabat dekat jengka. Bukan tak pernah pergi jengka itu tapi macam dah lama tak pergi. Last pergi masa belajar di uitm rasanya. Itupun bukan singgah, sekadar lalu atas bas saja. Saya amik masa untuk siap lebih kurang dalam 45 minit macam itu sajalah Mandi + pakai baju + pakai make-up + pakai tudung = Siap! Tidak perlu lama-lama membelek muka di cermin kerana tidak boleh berubah menjadi secantik wardina... apa-apa sahajalah.
Tangan dengan pantas mencapai kunci kereta. Enjin dihidupkan menunggu penuh sabar selama lima minit sebelum memulakan perjalanan. Saya janji dengan kawan-kawan pejabat dalam pukul 10 dekat rumah Aminul di Batu Caves. Saya ada lebih kurang satu jam sebelum janji. Bawa kereta perlahan-lahan. Berhenti isi minyak penuh-penuh di stesen Shell (tentunya lebih kilometer), beli makanan untuk dikunyah dan air untuk diminum. Saya janji dengan Salleh di Petronas Batu Caves sebab dia tidak tahu rumah Aminul. Agak kematu juga bontot menanti di dalam kereta dengan penuh kesabaran, Salleh tiba tepat-tepat jam 10. Salleh,awak sungguh menepati janji...:p
Kami bergerak bersama-sama menuju ke Jengka. Awal perjalanan saya bawalah. Tiba dekat perhentian genting sempah kami berhenti seketika. Lepas berehat saya bawa lagi, tetapi lebih kurang 10 minit selepas itu saya pusingkan stereng memasuki petrnas dan cakap pada Aminul dan Salleh, korang sajalah bawa, saya pening. Aminul bawalah sampai ke Jengka dan kitaorang tiba dalam pukul 12. Tiba-tiba sahaja, kelihatan pengantin sedang menanti di tengah panas. Rupa-rupanya mereka menantikan kami untuk mengiringi kerana tidak ramai ahli keluarga sebelah perempuan yang berkesempatan turun ke Jengka. Pengantin siap diangkat naik ke bahu beberapa orang lelaki dan diiringi untuk masuk ke rumah sebelum menuju ke pelamin. Teruja sebab pertama kali melihat adat sebegini. Dekat penang tidak ada semua ini.
Habis saja perkara hebat itu, pengantin duduk bersanding di atas pelamin yang dihias cantik. Lupa pula nak beritahu, pakaian pengantin berwarna biru. Cantik sekali. Sama cantik dan sama padan.
Selesai melihat mereka bersanding, tibalah masa yang amat dinantikan.. Masa untuk makan! My favorite... Hehe. Saya makan nasi dengan ayam goreng ala-ala kentucky. Best dan kenyang. Alhamdulillah. Selesai makan, kami bersembang-sembang dengan pengantin dan juga beberapa ahli keluarga PTS yang lain. Cadangnya mahu balik terus sahaja lepas kenduri, tetapi tiba-tiba ada suara-suara sumbang kedengaran seperti apa kata kita pergi tengok gajah di Kuala Gandah, lepas itu kita pergi 'Deerland' pula. Alang-alang sudah sampai sini. Apa salahnya? Jadi, saya pun macam... Okeylah. Mari pergi.
Mahu tahu kisah di Kuala Gandah dan Deerland? Nantikan sambungan entri ini entah bila...

Wednesday, June 10, 2009

saya geram...

Salahkah kalau kita bagi ruang untuk dia?
Salahkah bila kita lepaskan dia?
Salahkah dia nak berada dalam rumah?
Salahkah? Salahkah?
Saya tahu dia kucing... tetapi bukankah kucing juga perlukan ruang untuk berjalan-jalan. Kesian tau... asyik terperuk dalam sangkar. Saya sangat marah. Saya keluarkan dia dari sangkar sebelum pergi kerja tapi time balik saya tengok dia dah ada dalam sangkar. Masa balik rumah itu memang tak ada siapa-siapa dalam rumah. Saya macam pelik. Telefon dicapai... Punat ditekan...
"Za... kenapa sumo ni ada dalam sangkar? Tadi kan aku dah keluarkan dari sangkar?"
"Fatinlah, Na... (Na- nama panggilan Za pada aku) Tadi dia yang masukkan sumo itu balik dalam sangkar. Dia cakap dia duduk tingkat bawah. Tak tahan nak hidu. Aku tak boleh nak kata apa dahlah."
"Aku balik-balik tengok dia dalam sangkar. Hangin jugaklah... Hemm... Takpelah. Oke. Bye."
Time itu saya memang geram sangat... (sampai sekarang geram lagi) Geram sangat sampai tertidur kat ruang tamu. Pukul 12 malam tadi baru bangun semula... Persoalannya... SAlahkah? Perlukah? Bencilah!

Tuesday, June 9, 2009

bila rasa gembira saya makan

bila rasa gembira saya makan,
bila rasa gembira saya makan,
bila rasa gembira beginilah caranya, bila rasa gembira saya makan... ten ten ten...

Sunday, June 7, 2009

saya perlu dietkah?

Sebulan lalu apabila memakai seluar jeans, saya perlu memakai tali pinggang di lubang nombor 4. Tetapi baru-baru ini, lubang itu telah berkurangan angkanya ke nombor 3. Mula-mula macam tak boleh terima kenyataan. Macam-macam yang saya fikirkan untuk menepis fikiran tidak seronok itu seperti:-

1)seluar ni baru basuh. biasalah seluar baru basuh memang ketat sikit, nanti okeylah.
2)baru lepas makan. perut buncit sikit. lepas setengah jam mesti kempis.
3)tali pinggang ini dah tak betul. Kena tukar baru.

bla bla bla... walaupun saya cuba menepis fikiran itu, namun kenyataannya badan saya memang naik. Cik Nurdianah Abdul Kader Malim, sila diet ya. Hati saya saja yang cakap macam itu tapi mulut saya tetap gatal untuk menuturkan ayat hebat seperti ini:-
"Wani, malam esok makan chicken wing mahu tak?"
"Dah lama tak makan char koay teow malinja. Nak peegi tak?"
"Balik penang nanti, nak pergi makan nasi kandar line clear lah."

Macam mana saya nak berdiet apabila saya hanya suka menuturkan ayat-ayat di atas?? Hah...