Monday, January 19, 2009

Saya dan Kenangan

Hemm... entah mengapa hari ini saya sangat2 rindukan kenangan saya semasa di Uitm Shah Alam. Buka komputer, tengok2 backup fail (sbb dulu komputer kena format jd kena save mnda yg berharga), mata saya melekat pada gambar saya dan kawan-kawan semasa kitaorang pergi ke perkampungan orang asli dekat Pahang. Rindunya pada korang dan kenangan itu. Walaupun pergi sana ada peristiwa dan beberapa orang yang tidak digemari tetapi kita tetap bergumbira seolah-olah tidak ada hari esok. Kalaulah dapat balik pada waktu itu..., how i wish for that tapi orang selalu cakap hidup mesti diteruskan, dan jangan pandang ke belakang tetapi takkan diorang tak tahu sekali sekala kita harus juga melihat ke belakang supaya dapat ke hadapan?
Gambar bawah ini, saja saya cantumkan supaya saya dapat selalu menatap aksi2 sy dan kawan-kawan semasa di sana...




Buat pengetahuan, janganla kutuk2 gambar ni ya... saya mmg tak kreatif. cantuman gambar ni adalah kawan-kawan saya yang rapat kiranya kitaorang memang satu kepala la. Ina dah jd PTD, Ct dan Kak Faten pulak dah jadi tunangan orang. Aida keja kat domino's jadi customer service. Husni keja satu tempat dengan saya. Ayu dengan Jua masing2 kat kampung halaman. Ayu ngan 'ate' nye la dan Jua plak ibarat 'makcik dr jengka'... Kak Sireh yang masih sedang mencari 'Mr Right' setia bertugas dekat Pearson. Ati lama tak contact, last kol dia time dia konvo dan rsnya dia still keja kat shah Alam. Walau apapun, walaupun jauh terpisah tapi ketahuilah wahai kawan2ku, korang tetap dalam hati setiap masa. Ewah jiwangs sekejap... hehe. Okey la nak smbung buat editing ni. Jumpa lagi di lain masa Pendek kata, pesanan dari saya, "Friends in need is a friends indeed". Saya dah jumpa kawan yang sejati, anda bagaimana? Renung-renungkan, selamat beramal...

3 comments:

Anonymous said...

wahh... saya tengah mencari mr.right??.. hahha..
malas la nak cari skrg.. sebab asyik jumpe mr.wrong je.. hahha..

-ksireh-

saya suka macam ni... said...

haha... saba je la kan kak sireh.. langit tk slamanyan mndung.

mugiwara said...

sy juga sdg carik mrs. right saya