Sunday, June 7, 2009

saya perlu dietkah?

Sebulan lalu apabila memakai seluar jeans, saya perlu memakai tali pinggang di lubang nombor 4. Tetapi baru-baru ini, lubang itu telah berkurangan angkanya ke nombor 3. Mula-mula macam tak boleh terima kenyataan. Macam-macam yang saya fikirkan untuk menepis fikiran tidak seronok itu seperti:-

1)seluar ni baru basuh. biasalah seluar baru basuh memang ketat sikit, nanti okeylah.
2)baru lepas makan. perut buncit sikit. lepas setengah jam mesti kempis.
3)tali pinggang ini dah tak betul. Kena tukar baru.

bla bla bla... walaupun saya cuba menepis fikiran itu, namun kenyataannya badan saya memang naik. Cik Nurdianah Abdul Kader Malim, sila diet ya. Hati saya saja yang cakap macam itu tapi mulut saya tetap gatal untuk menuturkan ayat hebat seperti ini:-
"Wani, malam esok makan chicken wing mahu tak?"
"Dah lama tak makan char koay teow malinja. Nak peegi tak?"
"Balik penang nanti, nak pergi makan nasi kandar line clear lah."

Macam mana saya nak berdiet apabila saya hanya suka menuturkan ayat-ayat di atas?? Hah...

5 comments:

Ney Joe said...

terima je lah yang hang dah x sekecit dulu **sambil kunyah donat

saya suka macam ni... said...

hahahha... aku terima saja.** sambil minum air ais dan makan roti...

abuaisyah said...

Mu memang montok,montok,montokkkkkk....

saya suka macam ni... said...

mu tu lagi tembun dari montokkkk... labu sayung oiii... wawawa

ann said...

Diana, jangan putus asa. Chaiyok2...