Monday, July 6, 2009

Saya kekenyangan...

Tahniah diucapkan pada Cik Nurdianah Abdul Kader yang berjaya berpuasa pada hari ini. Alhamdulillah. Semoga diberi kekuatan untuk terus mendekatkan diri pada yang Esa. Bila puasa, pasti rasa mahu makan itu ini. Saya pula lain. Saya macam mahu makan di rumah sahaja. Balik kerja pukul 6 petang, bergegas turun dari pejabat mahu pulang ke rumah sebab mahu memasak. Niat hati mahu cepat sampai di rumah, tetapi meter minyak dah blinking, jadi saya haruslah berhenti di petronas dahulu sebelum balik ke rumah. Sampai rumah dalam 6.35 macam itulah, tudung dicabut dari kepala. Lengan baju disinsing hingga ke lengan. Seluar dinaikkan ke lutut supaya tidak kotor. Aspek kebersihan penting semasa memasak. Apron tidak mampu beli lagi kerana bukan chef hebat. Alasan! Semasa dalam kereta sempat membelek-belek buku resipi Senangnya Memasak Ikan terbitan PTS. Keputusan sudah dibuat. Saya dan kawan mahu masak Ikan Masam Manis kerana amat mudah dan tidak cukup masa untuk masak perkara-perkara hebat. Tinggal kurang sejam sebelum azan maghrib. Nasi kena masak, sayur, tempe nak kena goreng... Arghh... Laju-laju gerak. Okey.. berkat kecekapan membuat kerja di dapur(ini adalah penipuan halus), proses memasak siap sebelum azan. Alhamdulillah. Sempat berbuka dengan jayanya. Makan nasi dengan ikan masam manis dan sayur kacang buncis campur udang dan goreng tempe yang dipotong kecil-kecil. Pembasah tekak adalah air sarsi f & n. Sedap. Makan sampai kembung. Selamat tak tertidur.... Alhamdulillah. Thank you Allah.

2 comments:

mugiwara said...

buat perenggan lagi senang nak baca...

er..sedap keh?

mugiwara said...

hari ni saya kelaparan~