Monday, January 19, 2009

Saya dan Kenangan

Hemm... entah mengapa hari ini saya sangat2 rindukan kenangan saya semasa di Uitm Shah Alam. Buka komputer, tengok2 backup fail (sbb dulu komputer kena format jd kena save mnda yg berharga), mata saya melekat pada gambar saya dan kawan-kawan semasa kitaorang pergi ke perkampungan orang asli dekat Pahang. Rindunya pada korang dan kenangan itu. Walaupun pergi sana ada peristiwa dan beberapa orang yang tidak digemari tetapi kita tetap bergumbira seolah-olah tidak ada hari esok. Kalaulah dapat balik pada waktu itu..., how i wish for that tapi orang selalu cakap hidup mesti diteruskan, dan jangan pandang ke belakang tetapi takkan diorang tak tahu sekali sekala kita harus juga melihat ke belakang supaya dapat ke hadapan?
Gambar bawah ini, saja saya cantumkan supaya saya dapat selalu menatap aksi2 sy dan kawan-kawan semasa di sana...




Buat pengetahuan, janganla kutuk2 gambar ni ya... saya mmg tak kreatif. cantuman gambar ni adalah kawan-kawan saya yang rapat kiranya kitaorang memang satu kepala la. Ina dah jd PTD, Ct dan Kak Faten pulak dah jadi tunangan orang. Aida keja kat domino's jadi customer service. Husni keja satu tempat dengan saya. Ayu dengan Jua masing2 kat kampung halaman. Ayu ngan 'ate' nye la dan Jua plak ibarat 'makcik dr jengka'... Kak Sireh yang masih sedang mencari 'Mr Right' setia bertugas dekat Pearson. Ati lama tak contact, last kol dia time dia konvo dan rsnya dia still keja kat shah Alam. Walau apapun, walaupun jauh terpisah tapi ketahuilah wahai kawan2ku, korang tetap dalam hati setiap masa. Ewah jiwangs sekejap... hehe. Okey la nak smbung buat editing ni. Jumpa lagi di lain masa Pendek kata, pesanan dari saya, "Friends in need is a friends indeed". Saya dah jumpa kawan yang sejati, anda bagaimana? Renung-renungkan, selamat beramal...

Tuesday, January 6, 2009

Bloated

Semalam, saya mesej kawan saya, Ina cakap saya rindu kat dia sbb lama tk jmpa. Saya decide nak pegi putrajaya jumpa dia. Dalam pukul 9 malam saya smpi putrajaya. Amik dia kat umah dia dan ktaorang pergi lepak2 makan di cyberjaya.
Salah satu azam tahun baru saya yang masih belum diceritakan pada ramai orang adalah menurunkan berat badan saya yang baru-baru ini bila ditimbang telah meningkat sebanyak 2 kg... Kenyataan yang sakit tapi perlu diterima... huhuhuhu. Pakar kecantikan badan menasihati...
"u jangan makan nasi banyak2 la... kuah kasi kurang, kalo boleh mkn buah banyak skit... air kosong u minum bg lapan gelas sehari, jgn kurang..."
cam tu la sedikit sebanyak petikan dia yang melekat di kepala tetapi tidak di tekak... bukti tidak melekat di tekak dapat dilihat di gambar di bawah ya...





Gambar pertama tu, kawan saya yang order konon tkmo makan byk la.. tk sedar byk gak kalori tu... huhuhu... Tapi mulut saya pun gatal nk cuba la sementara menunggu nasi goreng seafood yang saya order... Tak berapa sedap sbb peppermint... kurang suka.

Gambar kedua... sedang menikmati makanan yang saya order setelah menunggu selama lebih kurang 10 minit la... Selamat sedap yang penting banyak. Betapa banyak nasi tu boleh dilihat pada gambar ketiga. Masa pelayan tu letak kat depan saya, mata cam nak terkeluar je... dengan mata masih terbeliak, saya tanya pada liza,"camna aku nak makan ni??? bapak banyak." Tapi sebanyak2 itu pun saya berjaya abiskan dengan bantuan rescue ranger satria baja liza... hahahaha.

Tapi memang bestla makan kat situ. Suasana dia best yang penting saya makan free dan dapat cuci2 mata... ahaks... HAPPY!!