Wednesday, December 31, 2008

Selamat Tahun Baru Kawan-kawan

Hari ini sudah 1 jan 2009. Selamat tahun baru kawan-kawan. Semalam adalah hari yang menyedihkan pada saya.. Sebab? Saya last berumur 24 tahun. Hari ini dah 25... Heeeeeeeeeeee............ tua.
Tapi semalam juga best... Semalam, entah saya demam ke apa, saya boleh layan lagu jiwang dari mula keja sampai balik keja. Saya ym liza tanya lagu apa jiwang sbb minah tu layan lagu jiwang. Lagu jiwang apa yang saya dengar? Lagu seperti bila disayangi(ukays), cinta kain putih... lagu yang saya asyik2 ulang adalah lagu salam sejahtera nyanyian kumpulan samudera tu... lirik dia sampai saya dah hafal... Adoi!-kata janji bukan ukuran, hanya sejati dalam diri, kukuhkan aku di hatimu, demi cinta sebelum mati... ahaks..
Malam tu balik keja pegi la dinner kat jalan kuchai lama. pegi ngan kak ann, wani, kak fir dan kak ekin. Makan2 kat situ... masa sampai tu ramai jugaklah geng pts yang ada. Tapi lima belas minit camtu diorang dah gerak sebab dah lama sampai. Kitaorang yang br sampai ini... duduklah sampai ada games musical chair yang terpaksa masuk tu... Adoi... masa main tu adalah mamat bangla ke myanmar ke yang keja kat bs print tu yang gaya dah mabuk terkinja-kinja. EEEEeee... Seram je. Saya ngan wani dan Kak Fir balik dengan jejaka macho PTS, Abang Im dan Baha sebab Kak Ann dan Kak Ekin nak tunggu Kak Nor dan Aban Zaharin.
Abis je kitaorang pegi sana, kitaorang semua membuat keputusan nak tengok bunga api kat area ampang(ape ntah nama tmpat tu seblum tdo ingat bangun pagi ni dah lupa)... Banyak gila keta kat situ. Abang Im park keta kat tepi jalan je dan kitaorang semua jalan laju-laju sebab tak mahu terlepas tgk bunga api tu. Selamat sempat dapat tengok beberapa bunga api sbb tgk dari tmpat tinggi. Kitaorng tengok mnda tu sekejap saja, tapi sebab keta teramatlah banyaknya, kitaorang sampai kat umah Kak Fir dalam kul 1.30.
Abis je gi situ, saya ngan wani balik. tadi park kat umah kak fir. Tiba-tiba masing-masing cam kata..."weh lapaq la..."... Kitaorang dengan berkobar-kobarmya pegi makan chicken wing di NZ.. wah sedap kenyang. saya anta wani balik lepas tu sy pun balik. Dekat kul 3 jugaklah kitaorang balik...
Balik umah je teringat ada keja kena buat... Buka laptop. abiskan keja masuk tido... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz............

2 comments:

Anonymous said...

mungkin boleh tanamkan azam kurangkan bebelan untuk tahun 2009 ni.

saya suka macam ni... said...

bebelan itu sukar dikurangkan... huhuhu